Sunday, February 22, 2009

DUGAANNYA (mcm lagu Hujan)

It's 8.08am in the morning. Sunday, Wolverhampton, United Kingdom.



Hihi..hari ahad yang agak bosan. Mcm biasa. Bgn dan duduk depan laptop mcm hari2 biasa. Suram je hr nie. No sun, as gloomy as usual. Tapi nmpk mcm ade cahaya matahari. Thanks God. Sejak kat sini, belaja somthing new. Cuaca mainkan peranan yang penting dalam urusan seharian kite. Kat sini klu ade matahari...best je nak study. Nak wat assignment. Ceria je semua org. Mcm semalam p town..ke Sainsburry...saje berjalan sambil teman cik aina p beli coklat, ramai tul org klua dgn family utk jalan-jalan. Muka smeua agak ceria..hihi. Rasa satu benda yang pelik. Kalau kat malaysia..x heran pon dgn matahari. Klu boleh x nak panas. Kat sini, klu boleh nak panas. Manusia..manusia. Mcm x pernah puas dgn kurnia Allah. Syukur dengan kurniaanNya. Alhamdulillah..aku merasa juga duduk negara ini + blaja kat University sini. Syukur..syukur.


Cite pasal dugaan. Dugaan ni bukan senang kite nak tempuh. Ade besar ade yang kecil. Macam-macam. Bak kata orang...'kat mana-mana pon ade dugaan, kite berani dan x berani nak tempuh je'. Betul tu..memang makes sense kata-kata tu.


Hal dugaan kat UK. Mcam biasa....dugaan "homesick", language, kawan-kawan yg br kenal. It's normal but kite yang hadapinya perlu tabah, sabar dan berusaha utk hadapainya dengan rela hati. (ni cerita lst week..this week br sempat eden nk update..bz bz)
Pe cite ek..hari ni Ahad bertarikh 8 Mac 2009. Aina dah balik Malaysia..bosan gak dok sorang2. Kalau ade Aina leh borak2...syok ar. Hihi...x pe la..emo skit mlm2 hari ni. Maklum ar dok negara org...selalu terkenang family dan si dia tersayang. Hukhuk...dugaan namanye. Macam dalam cite Ayat-ayat Cinta..."Fahri, Allah sedang berbicara denganmu tentang erti sabar". Memang touching tgk cite ni. Pasal agama, perjuangan seorang wanita. Hebat wanita ni. Amboi amboi..masuk bakul angkat sendiri nampaknye..ngehngeh.
Hari ni dok umah je wat assignment. Dari pg tadi dok edit point..x siap jugak. Ye ar...nama pon hari Ahad...hari relax org kata. Mula la sindorm penyakit M pon datang le. Tapi tomorrow should be better. Tapi ade sindrom Blues Monday la plak. Macam2 le ko ni. Insyaalah ok kot esok. Hopefully assignment ni siap by this week. Nak kena hntr proof-reading kat si dia. After that baru hantar. Harap-harap first assignment ni ok. AMIN. Dah usaha mesti berjaya. Yang penting usaha.
Dah mula x de mood nak sambung wat assignment ni. Hahaha.jahat je. Nak tengok tv jap la kot. Rest dan solat isyak jap then tdo. Esok p school..yeay!!!!

Friday, February 13, 2009

Finally...I'm here in UK

Salam semua.

Agak lama tidak berbicara di dalam blog ini. Yeah..banyak keje actually. Maklumla baru je sampai tempat baru, ade banyak benda kena catch-up. Aku baru sebulan sampai Wolverhampton, UK. Agak berbeza suasana...dengan weather yang agak sejuk dan budaya orang sini yang agak asing. Well..i'm a bit shocked. tak pe..orang kata "alah bisa tegal biasa". Lama-lama ok la kot. Insyaallah.Amin. Moga segalanya akan berjalan dengan lancar.

Ape cite ek? So far kelas dh berjalan. Dan aku agak kaku dalam kelas sebab cuacanya sgt sejuk. Even dalam kelas pon aku x buka coat. Mesti omutih classmates aku mengata kat aku (Agak x reti buka coat ke budak ni..ahaks) Nak wat cam ne kan. Aku x tahan sejuk. Ape-ape je la labu. Ngehngeh.

Actually, memang impian aku nak further study kat oversea. Nak merasa kelainan study kat sini. Main purpose ialah aku nak wat family hidup senang nanti. And, untuk family yang akan aku bina nanti. Kena bersabar dan berkorban sekarang. Itu la bagusnya ade perancangan. Atleast kite tahu ape perlu buat seterusnya. Tak perlu lagi teragak-agak...terus je tekan minyak dan pecut. Sebab kite dah tahu ape yang telah dirancang dan kita yakin apa perlu dibuat seterusnya.

My family..abah, mak, kak mai, abg khir..adik-adik, my beloved fiance..Fadly...turut sama kongsi kegembiraan ni. Dalam hati memang sedih nak lepaskan aku pergi..tapi mereka gembira dengan apa yang aku telah pilih. Thanks a lot. January 15th..tarikh keramat. Aku berlepas ke UK. Sedey gak family aku malam tu. Kawan-kawan ade gak yang menghantar..Apai, Eja dan Cuna.thanks la korang datang hantar aku. Terharu sangat. Ade yang cool, ade yang menangis. Terutamanya aku..tak sanggup tinggal family. Menangis sakan malam tu. Orang kata tak malu pon x pe. Atleast aku luahkan ape aku rasa. Dari sedey tu makan diri..better luahkan. Yeah..that's right. Ada skit gambar malam tu...ade muka happy + sedey ..hihi. Tak dapat nak luahkan dengan kata-kata.
Hikma yang sedang tido..hahahha..got u babe

Aku fly dengan sorang lagi budak yang sama sponsored ..Hikma. Nasib baik Hikma nak saing dgn aku. Actualy, aku silap tempah tiket. Bukan la silap aku sepenuhnya. Sponsor yang tak mainkan peranan dengan betul. Nak beli tiket..terus je beli. Tak confirm balik dengan student. Nasibla ade kawan kat Bahagian Pengurusan Bekalan. Dia lah tolong aranggekan utk Hikma fly sekali dengan aku. Nasib ada lagi tiket. Kalau x, jenuhla aku fly sorang2. Dahla x reti sgt. Dah lama tak naik kapal terbang. Maklum saje la. Pastu nk kena p oversea..wahwah. Nasibla semua okey..x de masalah.


Yang paling wat aku sedey mlm tu adalah hadiah-hadiah dari kawan-kawan. Terharu ok. Pada Apai..thanks for the compass..sangat berguna. Pada Syeda..thanks for the kemeja. Pada my beloved fiance..thanks sayang belikan sweater dan coat. Berguna sgt kat sini. Amat sejuk tu. Sampai penuh beg dan luggage..exceed weight lagi tau. Nasib la kawan Hikma ade keje KLIA, lepas aku x yah bayar. Thanks Hikma. Padan muka i..luggage lebih 7 kilo tu. Mak ai. Pelik. Dulu masa aku fly ke Dubai, lugage not more than 30kg. Ni 20kg plak. Mmmm...bagi la banyak skit. Hihi..suke hati aku je.

Beg-beg laptop kami..berat giler beg aku..ramai lak bg hadiah..thanks

Aku kat amsterdam.....bosan tunggu flight ke Birmingham


Aku dgn adik noor...nasib baik dia dapat cuti..lama x jupe..sibuk je keje


Adik ika dan anak sulung kak mai..amboi ko happy je aku nk fly...aku lak yang nangis





My niece...Maisarra..dah pandai jalan dia...sampai gak kat KLIA..first time ni



My beloved fiance..thanks baby for everything

Terharu gak ketika ni. Alhamdulillah dah sampai UK. Dah tahu selok belok hidup kat sini. Thanks Aina and Amin..amik i kat airport. Kalau u all x amik, ntah mana2 i pergi nanti. Sesat kot. Hihii. Ok la, aku nak kena bersiap ke kelas plak ni. Petang-petang jumaat mcm ni plak kelas aku. "Bercinta" nak siap dan gerak ke kelas. Huahua..please la jgn malas-malas. Master level tau sekarang ni. Kena ubah perangai lama tu. Hopefuly. Amin
Daa~~~~~



Friday, January 16, 2009

FROM QS TO STUDENT AGAIN

Huhu...just arrived at Wolverhampton, UK. Sejuk giler kat sini. Tapi Aina kata, x sejuk mcm the weeks before. Ohhoo..ye ke? Ish pelik. Semalam Aina dan Amin amik di Birmingham Airport. Suka giler diorang nampak matahari. Hihi..aku pelik. Patut la pon...matahari nk nmpk pon susah kat sini. Baru ku faham mengapa. Hihi

Ohh...penat betul flight yang ambil masa berjam2. Adala dekat2 sehari. Ish...serious jetleg. Blur je turun flight. Letih. Pastu beg berat2 belaka. Haha..sape suruh bawa byk barang2. Nk wat cam mana, aku kena ade sume barang. Dh jd lumrah ku begitu. Sume benda kena bawa. (Meaning : x de la sume..atleast basic things kena ade) Haha..memang berat. Masa check-in kat KLIA lebih berat plak. Lebih 7kg tau. Agak2 kena bayar dalam RM1000 lebih la. Nasib la budak MARA yang p sekali dengan aku ade kawan kat KLIA tu. So, SELAMAT, x yah bayar. Hahaha..teruk teruk. Hihi.

Ape nak buat esok pagi eh. Mmmm..nak jalan2 kot. Aina nk tunjuk jalan ke Uni. Then p supermarket sat beli brg2 aku. Ok la tu..atleast x bosan. Cian kat Aina, dia dah la bz, dok la nk sibuk layan aku. Ish...payah cam ni. X pe la, utk 2-3 hari ni..dia kena gak tunjuk aku. If not, i will getting blur + weird + ape2 je la.

Huhu..malas nk kemas barang la. Hihi..letih. Tetiba kul 3.40pagi terjaga. Bangun je terus kemas2 brg..ish...ape la aku ni. Still terikut2 masa Malaysia. Biasala tu. Mula2 ni agak payah nak adapt dgn sume benda. All those things take time to adapt to.

Tuesday, January 6, 2009

MENGHITUNG HARI

Wah..menghitung hari..ahaks..cam lagu Krisdayanti plak ye. Hehe. Memang pon menghitung hari. Lagi 9 hari aku akan berangkat ke UK. Demi cita-cita, demi masa depan, demi keluarga, demi si dia..demi masa depan kami. Jauh di sudut hati, terasa sebak, sedih dan risau wajah2 tersayang kat sini. Berkorban ape saja utk mereka yang tersayang. Aku kena jugak buat. This is my decision. Lama dah tgu peluang. Aku x kan sia-siakan peluang yg ada. Hope sume akan ok.

Tetiba terasa malas nk packing brg sume. Kenapa tiba2 jd mcm ni. Ish..ya allah tabahkan hati hambamu ini. Aku perlu kekuatan. Kesabaran. Kecekalan. Mak abah tlg doakan utk sy ye. Betul-betul risau dan takut ni...negara org la katakan. Mcm2 ragam org kite boleh jupe. Insyaallah, hope x terjadi lagi incident di Dubai (akan lebih berhati2 kali ni..AMIN)

Emm...last week dh terasa sebak. Klua dgn si dia. Tetiba nk menangis. I don know why. Suddenly nak menangis. X boleh silap sikit. Maybe masa dh terlalu suntuk untuk spend time together. Tu hal my fiance. Hal my mum and dad plak. Almost everday diorang call. Sama mcm mle2 aku masuk UiTM dulu. Wah..sure homesick giler smpi UK nanti. Pergh...cm ne nk wat ni. X pe..kawan2 ade leh tlg kat sana. Ape2 pon kena share dgn kawan2.

p.s: kawan2, tolong doakan kejayaan kawan korang ni. AMIN