Wednesday, June 30, 2010

The worst day i ever had

Dan hari ni adalah hari rabu, 30 June 2010. Hehe...countdown hubby sampai London. Nak mention jugak kat sini (hubby samapi lagi 4 hari..yeay..x sabar betul). Itu je yg boleh wat aku happy hari ni. Hal lain2 sume x happy. Sume sakitkan hati.

Perkara sakit hati 1- Supervisor kena ambush di biliknya oleh budak bernama Siti Hawa.
Ok cite dia macam ni. I sent him an email last two days mentions that i need ti finalize everything within this week since i go back to Malaysia next week. No reply at all. Mana la aku x marah kan. Then sebab marah n geram ounya pasal, aku pon p cari dia kat bilik. Nasib ade. Wah..pakai baju kuning hr ni. Menyerlah plak Prof aku hari ni kan. Aku ty la "can we discuss now since i need last comments before nak print sume kan" (cakap omputih la kan dgn dia..hehe). Dia ckp actually he awaitsfor Dr Nii Ankrah sebab Dr pon involve in the research. Prof suh aku cari Dr. Cari punya cari punya cari..jupe la Dr. Dr pon bz gak. Hai (keje aku dia x tgk pon...geram gak ni..tp sbb dia senyum kan aku pon x leh nak marah la kan). So kami decide discuss pagi jummat. Maksdunya..aku kena settle sume commenet diorang weekend ni. Haish..dah membazir masa aku 5 hari with nothing to do tau. Klu x dah settle hntr kat proofreader. And hubby dtg nnt dah siap sume. X yah nak pk lagi pasal keje sekolah. Cian la kat hubby nnt, dtg sini nak jln2 tp wife dia plak dok ngadap laptop 24/7 cam ne. Insyaallah siap kot. Amin>

Perkara sakit hati 2-omputih kurang ajar kat town.
Haish...ni mmg aku geram tahap gaban + cipan (tp kena saba je la). Citenya mcm ni plak. Aku went to town after met both of my lecturer (cite kat atas tu..sila refer ye). Ajak Charmaine teman p town. Nak jalan ke kedai makan nak dinner. Ada minah salleh ni ...dok tolak stroller anak dia..dok excuse me excuse me. Haish...aku tgh ckp2 dgn Charmaine masa tu (ye la tgh best cite mana nak dgr dia ckp). Pastu boleh dia langgar aku dgn stroller dari blkg. Padahal jalan sebelah tu kosong..boleh je lalu. Haish..main kasar plak minah ni kan. Aku bengang la pastu ckp kat Charmaine diorang x de manner betul X respect org. Then ..aku jln la terus. Minah tu agaknya dpt rasa aku ckp pasal dia dgn Charmaine kot. Pastu dia boleh berhenti depan aku ckp "What" dgn muka bengang la konon. Padahal sape yg patut bengang sekarang. Aku cakap je hai kat dia. Terus senyum and jalan laju dgn Charmaine. Takut gak klu gaduh kan. Boleh minah tu jerit2 rasa mcm nak ajak gaduh. haish klu kat Msia berani jugak la..tp sini negara dia..aku malas nak cari pasal. Karang lain jadinya kan. Tp membebel gak la dgn Charmaine..panas hati gak ni. Tapi kena sabar.

Perkara sakit hati 3-Sellet D90 x dpt dihubungi
Adoi....ni perkara paling buat aku moody kot. Hai..manala seller tu. Klu x dpt gak brg tu esok..lebur duit kitorang ni hah. Tp hubby ckp tawakkal....tawakkal je la. Kena tgu esok n jummat if the item still not deliver, kena p bank utk take action reverse the money transfer. Tp boleh ke? Aku tgk dlm forum kat internet klu kite boleh buktikan kite betul ade wat transaction tu and brg x sampai, bank akan take action in our favour and give full refund. Hopefully Allah mudahkan . Amin!!!

MOga Allah mudahkan urusanku disini. Jika tiada rezki, kite kena ambil iktibar dari kejadian yang berlaku sebab kite hanya merancang tuhan lebih mengetahui apa akan terjadi.

Tuesday, June 29, 2010

Last minute decision

Hurm...haish..serabut gak kepala ni. Nape ek?? Semalam wat keje last minute dan beli benda last minute. Haish....

Keje last minute adalah.......kena kemas brg sebab org shipping datang amik shipping box hari ni (tp dah tgu smpi kul 11.30mlm ni x dtg pon..hasih Pal shipping apsal la x bg tahu klu x jd dtg).

Beli benda last minute adalah.............ops Nikon D90. Hehe...last minute giler sebab mula2 dah decide dgn hubby x nak beli sebab baru je beli Olympus. But...i sent him an offline message kat MSN..asyik terpikir2 DSLR. The day after hubby decide nak beli. Kitorang deal dgn seller kat ebay. Tapi deal through email and call. Tp masalah plak skrg..dah byr tp org yg jual x dpt contact. Serius ni risau...tapi hubby cakap tawakkal. Klu brg x sampai jugak jummat ni kitorang p report polis la (nasib la hubby sampai sini isnin depan..lega la x yah pk prob sorang2)

Hurm..dah x de semangat sebenarnya. Dok terpikir hal kamera itu. Hopefully Allah permudahkan semuanya. Hai klu singgit dua x pe la....ni...hai...tawakkal tawakkal

Sunday, June 27, 2010

Four toughest days

Salam semua. Huh........sakitnye tengkuk ku ini. Dari hari khamis (24 June) aku dok ngadap pc ni wat two final chapter (sebab konon nak jupe SV hari isnin ni-esok la 28 June). For the time being, tinggal one subchapter saje utk disiapkan. The problem si the eye and the neck sudah melampui tahap2 kesabaran seorang pelajar. Haish....cm no nk wat. Aku kena usaha untuk siapkan gak ni. Then perlu untuk terus email abg Is tersayang. Harap2 komen dia esok minor saje. Hopefully Allah permudahkan perjalanan dan urusan hambamu ini. Permudahkannya ya allah. Amin.

Monday, June 21, 2010

Love is in the air..lalala

Salam. Hari ni x bosan sgt. Ops before that. Aku skrg dok sorang kat umah. Sorang housemate balik Malaysia, sorang p london, sorang lagi dah keje kat Coventry. So aku tinggal sorang2 sampai hubby datang. Agak bosan tapi disebaliknya mungkin ade hikmah. Kita mana tahu. Allah yang tentukan semuanya kan. Tawakkal je even dok sorang.

Well...hari ni macam biasa ke Uni lab tgh hari. Sebab hr ni lepas solat subuh tertido (haha..padahal aku mmg sengaja nk tido). Kul 11 br bgn. Buat nasi goreng for breakfast, then start buat keje. Then rasa bosan (sebab 3 hari x klua umah). So siap2 la nak ke lab. Spent about 3 hours kat lab. Ok la dpt idea kait. Klu dok umah sure dah ade atas katil 1 jam utk skip tgk cite korea. Teruk2. Ni mmg dah smpi tahap x larat + pening tgk research. Ape la nak jadi. Bila nak habis seksa ni. Seksa akan habis lagi 2 hari je. Sebab lg 2 hari dah boleh buat analysis. Selagi analysis x buat, selagi tu dok nak edit chapters yg dah siap kan. Sabar2 tgu last minute responds ni. Klu x de pon x pe. cukup la 63 responds so far. Alhamdulillah berkat usahasama kawan2..thank u sume.

Hari ni aku rajin. Masak Nasi beriyani utk dinner. Hal sebenar cam ni. Two days ago when i was cleaning the kitchen, i found a packet of rempah beriyani. Biasala klu dah terpandang gambar kat depan packet tu air luir pon meleleh. Otak pon berfikir nak try (even x pernah masak before this). Lenjan je la. Lepas klua lab, singgah asda cari bahan2 nak masak. Pelik gak sebab resepi ni kena guna orange juice and susu. Kena ikut je la resepi even curious level dalam hati ni sgt tinggi. Then balik terus solat and get ready for the cook session plak. Punyela rajin kan. Kejap je rupenya masak beriyani ni. Cume yg x lengkap adalah acar sayur je. Lupa plak nak beli bahan utk acar. So menu beriyani hari ni walau x lengkap bolehla dikatakan sedap jugak utk first time trial ni. Harap2 balik boleh masak untuk suami n family.

Ops..habis dah cite masak and rutin harian. Cite pasal suami plak. Dia outstation ke Penang. Ade sukan staff. Hai..bz sakan suami aku ni kan. Asalkan dia bahagia sudahla. Ade sebab tu dia join activity tu sume. Isteri x de di sisi, si dia pon perlu fikirkan activity sendiri (mcm pantun lak bunyinyekan, pantun 2 kerat..haha). Dah 4 hari x online sebab kat sana x de wifi. So, sms je. Aku rasa mmg dia rindu sgt. Ayat2 sms dia punyela touching. Sampai ada satu sms tu aku baca siap mengalir air mata ni. X sangka la dia sebenarnya sgt sayang and ambil berat hal aku. Before this jarang dia luahkan perasan macam hari ni (lelaki kan ego kan). Selepas ni dia x nak dah aku fly jauh2 tinggal kan dia sorang2. Dia x kan bagi. Bagus..itu yang aku nak dengar actually. Ni betul2 dah rindu sgt ni. Tapi apa pun hari ni aku mmg fall in love with my husband. Rasa mcm x berpijak dibumi yang nyata la. Asyik2 nak baca je sms dia. Angau sudah. Haha.

haish..habis cite pasal suami tersayang. Nak cite ape lagi. Aku try buat teh tarik plak. Haha..rindu teh tarik Athirah (housemate aku yg p london jalan2 skrg ni). Dia suke buat teh tarik utk kitorang budak2 umah. Sgt baik dan cantik orgnya. English pon fluent. First trial ni teh tarik aku mcm x jadi. Tapi sebab minum sdr tarah je la.

Orait..kena sambung keje research. Jgn aku tido sudah.

Monday, June 7, 2010

Terkejut...Kecil Hati

Pagi tadi si dia call..kul 6.30am. Aku tgh tdo..letih agaknya fikirkan cam mana nak buat analysis research. Well....terkejut dgr suara dia marah2. Ish....ape lagi yang aku buat ni. Apa lagi yang x betul. YA allah...

Actually minta tlg dia untuk print form keje kat UPNM. I forgot to give the ID and password je. Pastu siap kena marah..... Ntahla..rasa sakit hati pon ade. Tapi aku dah x boleh nak nangis sebab dah anggap tu dugaan kot dalam rumahtangga. But the thing is he should not scolded me like that. I am his wife. Please put some respects boleh kan. Ape salahnye kalau tanya elok2. "u x bg ID and password semalam, u lupa kot" Kan boleh kan. Dah la tgh tdo, kena marah plak...terkejut aku. Pastu terus x leh tdo. Tp still atas katil dok pikirkan ape masalah dia sebenarnya.

Ya allah..dugaan apekah ini. Memang x patut pon aku nak marah dia balik sebab dia suami. Aku isteri should keep silent when dia marah. So, aku dah practice yang terbaik. Cumanya...tlg la minta maaf kat isteri dia ni. Kecil hati sgt dia buat mcm tu ok. Hari tu punye case pon dia x minta maaf lagi. Ni dah timbul case baru... Aku nak dia minta maaf. tu je. Tlg faham hati isteri. Kadang2 kita pon buat silap. Kita x sedar. Aku nak sgt dengar dia ckp "Sorry ayg". Tu dah cukup. Permudahkan urusan hambamu Ya Allah. AMIN